Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra dengan orang ramai dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling di tapak Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam pada 19 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Gagasan Rumpun Selangor jelajah tiga lagi daerah, tutup tirai di Gombak

KUALA LANGAT, 7 OGOS: Program Gagasan Rumpun Selangor diteruskan ke tiga lagi daerah bagi memupuk semangat perpaduan di segenap lapisan masyarakat.

EXCO perpaduan berkata program berkenaan dijadual berlangsung di daerah Klang, Sabak Bernam dan diakhiri di Gombak.

EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail bercakap kepada media selepas program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di Kompleks Islam Daerah Kuala Langat pada 7 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Daerah Klang dijadualkan pada hujung bulan ini manakala Sabak Bernam tarikh masih belum ditetapkan namun berkemungkinan besar diadakan awal November.

“Mengikut jadual asal di Sabak Bernam sepatutnya pada Oktober namun Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor mempunyai jadual tugasan lain.

“Gombak akan menutup tirai siri jelajah Gagasan Rumpun Selangor tahun ini yang akan diadakan pada bulan Disember. Tarikh jelajah akan dimaklumkan kelak,” kata Datuk Rizam Ismail.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Tengku Amir Shah ke Kompleks Islam Daerah Kuala Langat sempena program Gagasan Rumpun Selangor di sini hari ini.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat dan santapan tengah hari di Kompleks Islam Daerah Kuala Langat dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat pada 7 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Rizam memaklumkan siri jelajah Rumpun Selangor di Kuala Langat yang bermula hari ini menampilkan sedikit kelainan dengan mengetengahkan kepelbagaian budaya di daerah itu.

“Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai budaya seperti Jawa khususnya di luar bandar,” katanya.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyempurnakan majlis perasmian penutup lumba perahu naga Piala Raja Muda Selangor di Jeti Nelayan Sungai Besar Sepang pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Sepang 2024 di di Sepang dari 9 hingga 11 Mei 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office

Gagasan Rumpun Selangor telah menjelajah ke lima daerah bermula Februari lalu dimulakan dengan Hulu Selangor diikuti Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Selangor.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan merasmikan klinik bola sepak di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Sepang 2024 di di Sepang dari 9 hingga 11 Mei 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat persembahan sekitar Kajang Dulu-Dulu pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra dengan orang ramai dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling di tapak Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam pada 19 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :