Orang ramai membantah pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh berhampiran kedutaan Israel di Amman, Jordan pada 31 Julai 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Hamas namakan Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu

BANDARAYA GAZA (Palestin), 7 OGOS: Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Seorang pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata: “Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”

-BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :