Oleh Dewi Abdul Rahman
GOMBAK, 9 OGOS: Penubuhan Kelab Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjadi landasan menggerakkan kerja amal dan program berteraskan kesihatan.
Setiausaha kelabnya berkata pelbagai program dijalankan sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada Januari lalu antaranya termasuklah ziarah medik dan sumbangan barangan asas kepada penduduk.
“Setakat ini, kelab yang dianggotai oleh 23 ahli ini sempat menganjurkan program kesihatan selain menggerakkan aktiviti riadah.
“Selain itu, kami juga menyerahkan bantuan kesihatan kepada ahli kelab bagi meringankan beban kos perubatan,” Anmuniandy Vellymalai ketika dihubungi.
Semalam, Yang Dipertua MPS Shahman Jalaludin merasmikan Kelab Ahli Majlis MPS di sebuah hotel di Selayang, di sini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/08/454711423_122108451662446008_2640902294557626692_n-e1723200905652-500x307.jpg)
Pada majlis itu, dua pelajar cemerlang yang merupakan anak ahli majlis Zon 14 dan 10 turut dirai dan mendapat hadiah penghargaan daripada kelab.
Turut hadir, wakil rakyat Rawang Chua Wei Keat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Dato’ Mohd Yazid Sairi dan Timbalan Yang Dipertua MPS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/08/454740633_122108443244446008_5726070044519087927_n-500x333.jpg.webp)