Orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Selangor Saring DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kesan awal penyakit, jom sertai saringan kesihatan percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 16 OGOS: Orang ramai berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program Selangor Saring di Dewan Majlis Bandaraya Klang Diraja (MBDK) Pandamaran Jaya, Ahad ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang berkata saringan bermula 9 pagi hingga 3 petang itu menyediakan ujian untuk jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan barah.

Maklum Azmizam Zaman Huri, orang ramai turut berpeluang menjalani pemeriksaan gigi, telinga, mata dan fisioterapi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Pelabuhan Klang.

“Mereka yang mempunyai masalah pendaftaran boleh menghubungi Selcare di talian 1800-22-6600,” katanya di Facebook.

Beliau berkata orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Sebelum ini saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Paya Jaras, Dengkil, Sungai Tua, Batu Tiga dan Pandamaran.


Pengarang :