Penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Putrajaya pada 16 Ogos 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Ketua jabatan gagal lapor salah laku pegawai bawahan tidak naik pangkat

PUTRAJAYA, 16 OGOS: Mana-mana ketua jabatan yang gagal melapor salah laku pegawai bawahan berdepan tindakan tatatertib seterusnya menjejaskan peluang kenaikan pangkat, kata perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bertanggungjawab memperkukuh integriti dan tatakelola dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Skim Saraan Malaysia.

Beliau memberitahu ketua jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja (job rotation) secara berterusan bagi mengelak berlaku kes salah laku dalam kalangan pegawai awam.

“Ada guru besar, ketua jabatan mahu jaga imej jabatan dan sekolah, budak (murid) didera separuh mati tidak dilapor kepada polis.

“Ada ketua jabatan tahu pegawai mempunyai kekayaan yang lebih, tidak dilapor. Maka kalau itu terbukti tidak dilapor, ketua jabatan tidak akan dinaikkan pangkat,” katanya.

Beliau memberi amaran sedemikian selain pembaharuan lain SSPA dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di sini hari ini.

Perbaharuan lain antaranya:

  • kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara
  • galak penugasan berbilang (multitasking) dan kemahiran berbilang (multiskilling)
  • perkhidmatan tidak relevan, bertindih dan terpencil dipindah kepada skim lain
  • seragam dan kelaskan semula gred jawatan berdasarkan keperluan semas
  • pinda syarat lantikan 17 skim perkhidmatan bagi memperoleh bakat terbaik
  • audit perjawatan bagi kenal pasti ketidakseimbangan di kementerian dan agensi
  • amalan kongsi sumber perwakilan di luar negara dalam bidang sama

Pengarang :