BUDAYARENCANA

Kosong

bukti kelahiranku ada digenggam makhluk
di dalam genggamannya aku bernama kosong
dan aku didaftarkan sebagai seorang anak desa
yang kosong fikir, kosong angan, kosong cita,
kosong harap, walau telah banyak kali dilahirkan
berkali-kali semula, terpaksa memulakan kosong

di luar dugaan jemaah sidang mahkamah menolak
kebenaran kubawa kerana mereka mencuit imbuhan
puisi yang pernah kutukang, tetap diangkat masuk
ke dalam syurga, yang beruntung tentulah aku
berkali-kali dilahirkan semula untuk terus membaiki
karya seorang anak desa jua yang dipilih.

Md Zainuddin

 


Pengarang :