Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain meninjau lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada 18 Ogos 2023. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Laporan akhir syor pemilik pesawat tingkatkan latihan kru

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pengendali pesawat Jet Valet Sdn Bhd perlu mempergiat latihan kepada semua kru pesawat bagi semua program penerbangannya, menurut Biro Sisatan Kemalangan Udara (AAIB).

Saranan berkenaan dimuatkan dalam laporan akhir biro tersebut yang meliputi prosedur senarai semak, pengurusan sumber tenaga kerja dan pematuhan protokol kritikal.

“Perhatian khusus sepatutnya ditumpukan kepada sistem yang tidak biasa dan operasi kritikal seperti sistem pendaratan pesawat,” laporan setebal 148 muka surat itu pada 16 Ogos dipetik.

Menurut laporan agensi berkenaan lagi, nahas di Persiaran Elmina pada 17 Ogos tahun lalu itu berpunca daripada kehilangan kawalan semasa proses mendarat. (masukkan pautan berita tadi)

Syor itu ekoran nahas Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang mengorbankan dua juruterbang, enam penumpang termasuk EXCO Pahang Datuk Seri Johari Harun. Dua orang awam di atas jalan turut maut.

Cadangan lain dalam laporan tersebut antaranya:

– Jet Valet mesti pastikan peraturan sivil penerbangan termasuk kebenaran terbang di luar jadual dipatuhi sepenuhnya.
– Jet Valet dan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad perlu laksanakan sistem pengurusan keselamatan dan tambah baik komunikasi
– Jet Valet mesti semak dan kemas kini prosedur operasi termasuk amaran dan penerangan jelas tentang sistem yang kritikal
– Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus semak semula peraturan berkaitan operasi pesawat luar oleh pengendali asing bagi memastikan operasi selamat.

Pasukan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos 2023. Foto Ihsan polis Selangor

Pengarang :