Dua beradik Mariam Abu Akel dan abangnya Hamed diselamatkan dari runtuhan rumah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 29 Disember 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Lebih 39,500 rakyat Palestin dibunuh sejak Oktober, kebanyakan mangsa wanita, budak

GAZA, 4 OGOS: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt telah meningkat kepada 39,583 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,398 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh enklaf yang dilanda perang kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan kru ambulans dan pertahanan awam.

— BERNAMA-WAFA


Pengarang :