Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid menyerahkan baucar Skim Mesra Usia Emas kepada penerima kelahiran September di Pasaraya Econsave, Kapar pada 7 Ogos 2024. Foto SHEEDA FATHIL/MEDIA SELANGOR
ADNSELANGOR

Lebih 4,800 OKU, warga emas DUN Meru terima baucar SMUE

KLANG, 7 OGOS : Seramai 4,866 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) menerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru.

Wakil rakyatnya Mariam Abdul Rashid berkata jumlah itu membabitkan keseluruhan penerima yang menyambut hari lahir daripada Januari hingga September.

Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid berucap pada majlis penyerahan baucar Skim Mesra Usia Emas di Pasaraya Econsave, Kapar pada 7 Ogos 2024. Foto SHEEDA FATHIL/MEDIA SELANGOR

“Baucar inisiatif Kerajaan Selangor ini merupakan hadiah sempena ulangtahun kelahiran warga emas dan OKU di DUN Meru sekali gus meraikan dan meringankan beban mereka.

“Kita berharap pemberian ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan memberi keceriaan dalam menyambut hari kelahiran,” katanya.

Terdahulu seramai 312 individu yang lahir pada September menerima baucar SMUE yang disampaikan Mariam dalam satu majlis di Pasaraya Econsave di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid menghulurkan kek bagi meraikan penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang lahir pada September ketika majlis penyerahan baucar skim berkenaan di Pasaraya Econsave, Kapar pada 7 Ogos 2024. Foto SHEEDA FATHIL/MEDIA SELANGOR

“Tidak semua penerima kelahiran September hadir pada hari ini kerana kita faham ada antara mereka terlantar kerana uzur.

“jadi kita mengalu-alukan mereka hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru untuk menuntut,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima Azman Zakaria, 66, bersyukur permohonannya berjaya selepas beberapa kali memohon.

Azman Zakaria, 66,

“Alhamdulillah, terima kasih Kerajaan Negeri kerana prihatin kepada rakyat dengan memberi baucar sebagai hadiah hari lahir, dapat menampung beli barangan keperluan asas,” katanya.

Manakala, Soon Lian Geok, 66, sudah empat kali menerima baucar tersebut mengakui ia sedikit sebanyak meringankan beban berbelanja.

Soon Lian Geok, 66,

“Cuma harapnya selepas ini Kerajaan Negeri dapat meningkatkan lagi jumlah baucar kerana harga barangan semakin mahal,” katanya.

Bagi seorang warga emas yang juga OKU V Kaladevi, 57, berharap pemberian baucar sempena hari lahir dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

V Kaladevi, 57,

“Sudah dua kali terima baucar ini, terima kasih YB (Yang Berhormat) ADN Meru dan Kerajaan Selangor sentiasa prihatinkn rakyat kurang berkemampuan,” katanya.

Tahun lalu, seramai 263,141 individu dari seluruh Selangor mendapat manfaat SMUE manakala 6,331 waris menerima khairat kematian.


Pengarang :