Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Lebih 50 kilogram syabu, ekstasi bernilai RM2.6 juta dirampas, penganggur ditahan

SEPANG, 12 OGOS: Seorang lelaki ditahan dan polis merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menemukan kedua-dua jenis dadah itu dalam bungkusan biru dan hijau yang dilabel teh herba ‘Chinese Pin Wei’ dalam sebuah kereta ketika serbuan pada jam 4.30 pagi.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini beliau berkata, semakan mendapati penganggur berumur 40 tahun itu mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, dan dia yang dipercayai menjadi ‘penghantar dadah’ turut didapati positif Methamphetamin.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu diupah RM2,800 bagi setiap penghantaran.

“Setakat ini dia baru buat dua kali,” katanya dan menambah individu itu direman enam hari sehingga esok, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– BERNAMA


Pengarang :