Orang ramai membeli barang keperluan asas pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Medan Belia, Kajang pada 27 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lima tapak jualan PKPS sedia barangan dapur murah hari ini

SHAH ALAM, 13 OGOS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali ke lima lokasi hari ini bermula jam 10 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan barangan dapur murah dengan mengunjungi program itu di Masjid Ar Ridha Kampung Jenderam Hulu (Sungai Pelek) dan Pangsapuri Taman Langat Murni Blok G (Dengkil).

Selain itu, Dewan Meranti Bandar Baru Sungai Buloh(Paya Jaras), Kompleks Muhibbah (Pandan Indah) dan Dewan Komuniti AU3/1 Taman Keramat (sebelum Surau Al Ehsan Flat PKNS)(Hulu Kelang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :