Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyerahkan cek cura kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Selangor Dr Abdul Razif Zaini pada Majlis Pelancaran Agihan Fidyah Mais Wang Saku Pelajar di Hotel UiTM Puncak Alam pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais salur dana fidyah lebih RM12 juta, RM2.4 juta wang saku pelajar

KUALA SELANGOR, 8 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan peruntukan agihan fidyah berjumlah RM12.4 juta termasuk wang saku pelajar tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata RM5.79 juta diagihkan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada keluarga kurang berkemampuan.

“Manakala, RM4.2 juta bagi agihan fidyah dalam bentuk tunai dan RM2.4 juta juga diperuntuk bagi wang saku pelajar.

“Mais berperanan penting dalam menguruskan agihan fidyah yang dikumpulkan daripada umat Islam di negeri Selangor,” katanya.

Terdahulu Abdul Aziz menghadiri Majlis Pelancaran Agihan Fidyah Mais Wang Saku Pelajar di Hotel UiTM Puncak Alam di sini.

Beliau menyerahkan cek cura bantuan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Selangor Dr Abdul Razif Zaini sebagai simbolik pelancaran.


Pengarang :