Atlet Selangor Srikah Ganesh merangkul pingat emas acara Kumite individu 55 kilogram (kg) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, 17 Ogos 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ucap tahniah kepada Srikah Ganesh, rangkul emas acara Kumite

SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada atlet Selangor Srikah Ganesh atas kejayaan merangkul pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Srikah berjaya menyumbang pingat emas menerusi acara Kumite individu 55 kilogram (kg) wanita.

“Tahniah saudari Srikah Ganesh yang menyumbang pingat emas buat Selangor di SUKMA Sarawak 2024 menerusi acara Kumite individu 55 kg wanita. Syabas,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Acara Kumite individu 55 kilogram (kg) wanita menyumbang emas keempat Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 semalam.

Srikah Ganesh menewaskan Adeola Fay Robert dari Sabah ketika perlawanan di Dewan IKBN Miri Sarawak bermula jam 5.30 petang.

Sementara itu acara Kumite individu 55kg lelaki menyumbang pingat gangsa pertama Selangor yang dirangkul Jeevesh Baskaran.

 


Pengarang :