EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari Idris (Kiri) serta Pengarah Kanan Bahagian Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa (S-Daico) Invest Selangor Jamie Haniff Ramlee (kanan) memegang plak sempena sidang media Pameran Udara Selangor (SAS) di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 26 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Operasi lapangan terbang Subang tarik pelabur, perkukuh Selangor hab aeroangkasa

SHAH ALAM, 2 OGOS: Pengoperasian semula enam syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang mengukuhkan matlamat Selangor sebagai hab sektor aeroangkasa serantau.

EXCO pelaburan berkata usaha menerajui industri aeroangkasa terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) selain Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor sekali gus memacu ekonomi negeri dan negara.

EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bercakap kepada media ketika sidang media Pameran Udara Selangor (SAS) di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 26 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Pembukaan semula operasi di Subang tepat pada masanya untuk industri penerbangan dan aeroangkasa di Selangor dan Lembah Klang.

“Ia juga menarik pelaburan dalam bidang pembuatan dan selenggara kapal terbang yang terus berkembang di rantau ini pasca pandemik Covid-19.

“Malah mengikut laporan minggu lalu oleh pengeluar kapal terbang Boeing minggu lalu, aliran trafik udara kembali meningkat. Penumpang udara dijangka meningkat sebanyak 4.7 peratus setiap tahun untuk 20 tahun ke hadapan,” kata Ng Sze Han kepada Media Selangor.

Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebanyak enam syarikat penerbangan akan menyambung semula operasi di LTSAAS bermula semalam, menggunakan pesawat lorong tunggal.

Beliau berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.

Jelasnya, operasi penerbangan akan bermula dari 6 pagi hingga 10 malam sahaja, tanpa penerbangan tengah malam berikutan lapangan terbang itu terletak di kawasan perumahan.


Pengarang :