Penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang memantau fenomena air pasang besar di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada 30 September 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang
PBTSELANGOR

Paras air stesen Bandar Klang pada tahap waspada takat 10 pagi

SHAH ALAM, 9 OGOS: Paras air stesen Bandar Klang dilaporkan berada pada tahap waspada dengan bacaan 2.4 meter berbanding normal 2.2 meter setakat jam 10 pagi tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran negeri menerusi laman sesawang memaklumkan 11 lagi stesen di Klang berada pada paras normal.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan akibat fenomena air pasang setakat jam 1.30 petang ini.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di stesen Pelabuhan Klang sehingga 11 Ogos.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan bacaan paras air laut dijangka mencecah 4.8 meter pada Jumaat dan Sabtu antara jam 8 pagi.

Pusat Hidrografi Nasional turut memaklumkan fenomena air pasang besar boleh menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan kemungkinan banjir.

Penduduk berhampiran kawasan persisir pantai disaran lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini dan sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

 


Pengarang :