Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei (tengah) pada solat jenazah ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh dan pengawal peribadinya di Universiti Tehran di Tehran, Iran pada 1 Ogos 2024. Foto laman X @Khamenei_m
AGENDAGLOBAL

Pengebumian Ismail Haniyeh sedang berlangsung di Tehran

TEHRAN, 1 OGOS: Pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis sedang berlangsung di Tehran pada Khamis, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan memimpin solat jenazah.

Pejabat Pemimpin Tertinggi itu mengumumkan bahawa solat jenazah akan diadakan di perkarangan Universiti Tehran sebelum menuju Dataran Azadi.

Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya dibunuh dalam serangan udara yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Iran mengisytiharkan tiga hari berkabung.

“Rejim Zionis akan berdepan hukuman yang keras atas tindakan ini dan kami menganggap adalah kewajipan kami untuk membalas dendam kerana beliau syahid di wilayah Iran,” kata Ayatollah Khamenei dalam satu kenyataan.

– BERNAMA-IRNA


Pengarang :