Orang ramai membantah pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh berhampiran kedutaan Israel di Amman, Jordan pada 31 Julai 2024. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMA

Perjalanan terakhir Ismail Haniyeh, tokoh ulung perjuangan Palestin

Pembunuhan ketua Biro Politik Harakatul Muqawwamatul Islamiah (Hamas) dalam serangan udara rejim Israel pada awal pagi 31 Julai di Tehran, Iran menggemparkan dunia khususnya kalangan umat Islam.

Menutup usia 62 tahun, Ismail Haniyeh sebelum ini terselamat dari cubaan bunuh pada September 2003. Namun, tiga anaknya dibom pada 10 April 2024. Kakaknya pula maut dua bulan kemudian.

Meringkuk di penjara rejim Israel selepas Intifadah pertama pada 1988 dan dibuang ke Lubnan pada 1989, Ismail antara susuk terkenal dalam membawa obor perjuangan pembebasan Palestin.

Beliau mengikut jejak syahid tokoh Palestin antaranya Timbalan Ketua Hamas Saleh al-Arouri pada 2 Januari, Komander Kanan Hizbullah, sekutu Hamas, Fuad Shukr (30 Julai). Rejim Israel turut mendakwa Ketua Sayap Ketenteraan Hamas Mohammed Deif dibunuh pada 13 Julai

Pemergian Ismail Haniyeh diratapi ramai. Masyarakat Islam serata dunia mengadakan solat jenazah ghaib. Di Malaysia, ribuan hadir antaranya di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra (Putrajaya) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam).

Protes terhadap kezaliman Israel berlangsung di sana sini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual memimpin kecaman Malaysia dalam Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil pada 4 Ogos.

Selangorkini menyusun gambar kemarahan dan kesedihan umat Islam antarabangsa dan Malaysia. ekoran pembunuhan tokoh ulung tersebut.

Rakyat Palestin membawa gambar pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan timbalan pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri semasa perarakan bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh di kem pelarian Burj al-Barajneh Palestin di Beirut, Lubnan pada 1 Ogos 2024. Foto REUTERS

Seorang lelaki menggantung gambar pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh awal pagi Rabu lalu di Iran di kem pelarian Burj al-Barajneh Palestin di Beirut, Lubnan pada 31 Julai 2024. Foto REUTERS

Penunjuk perasaan pro-Palestin mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Iran, di Istanbul, Turki pada 31 Julai 2024. Foto REUTERS
Penunjuk perasaan pro-Palestin menyalakan suar semasa perhimpunan membantah pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Iran, di Istanbul, Turki pada 31 Julai 2024. Foto REUTERS
Rakyat Iran menghadiri perarakan pengebumian ketua Hamas yang dibunuh, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 1 Ogos 2024. Foto REUTERS
Rakyat Iraq menghadiri solat jenazah ghaib selepas pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Iran, di Baghdad, Iraq pada 31 Julai 2024. Foto REUTERS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama para jemaah melakukan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel, yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni di Masjid Negara pada 2 Ogos 2024. Foto BERNAMA
Ribuan jemaah menunaikan solat sunat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei mengetuai solat jenazah pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 1 Ogos 2024. Foto Khamenei Media X
Bangunan di mana komander tertinggi Hizbullah, Fuad Shukr terbunuh dalam serangan udara Israel di Selatan Beirut, Lubnan pada 31 Julai 2024.png
Lokasi serangan bunuh pemimpin Hamas Mohamed Deif berikutan serangan Israel ke atas kem Al-Mawasi pada 13 Julai 2024 Getty Images

 


Pengarang :