Atlet basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersaing pada acara Men Elite Keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai pada 18 Jun 2023. Foto Bernama
AGENDASUKANKINI

Perjuangan Azizulhasni dalam pecut individu berakhir

SHAH ALAM, 8 OGOS: Perjuangan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang adalam acara pecut individu di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.

Pelumba berusia 36 tahun itu tumpas kepada pemain dari Belanda, Jeffrey Hoogland dalam saingan 1/8 dan tersingkir di repechages, lapor Berita Harian.

Azizulhasni dilaporkan memulakan aksi pecut individu dengan menduduki tempat ke-10 di pusingan kelayakan selepas mencatat masa 9.402 saat (s).

Bagaimanapun, pelumba yang lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu masih mempunyai satu lagi talian hayat untuk membawa pulang pingat emas sulung negara dalam acara kegemarannya, keirin hujung minggu ini.

Semalam, Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom memulakan cabaran di temasya berkenaan dengan langkah kanan apabila masing-masing mara ke pusingan pertama 1/32 acara pecut lelaki.

Pada aksi berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, atlet kelahiran Terengganu itu melakar rekod baharu kebangsaan apabila mengatasi rekod 9.523s pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai tahun lepas.

Manakala Muhammad Shah pula menduduki tempat ke-22 dengan catatan masa 9.635s.


Pengarang :