Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato dalam program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

PM: Kerajaan sedia bawa rakyat Palestin terima rawatan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Kerajaan sedia membawa sebahagian rakyat Palestin yang cedera khususnya wanita dan kanak-kanak menerima rawatan di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu telah disuarakan kepada Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi selain beberapa pemimpin negara Islam lain.

“Kita akan bantu yang sakit, sama ada dirawat di sana atau dibawa ke mari untuk diberikan rawatan. Kita akan teruskan tanpa tolak ansur.

“Kerajaan akan peruntukkan dana. Saya bincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour). Saya ucap terima kasih kerana kerjasama yang diberikan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato dalam program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan perwakilan negara luar.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya menyuarakan tentangan terhadap Israel dan membawa suara rakyat Malaysia ke mata dunia.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat supaya meneruskan usaha menyebarkan perkongsian maklumat mengenai penderitaan rakyat Palestin menerusi pelbagai platform.

“Jangan berhenti bicara setiap hari. Jangan berhenti bantu dan sedekah untuk meringankan beban rakan-rakan kita di Palestin.

“Saya mahu Malaysia terletak di peta sejarah antara negara yang lebih konsisten sungguh-sungguh perjuangkan nasib rakyat Palestin,” katanya.

Himpunan Pembebasan Palestin diadakan bagi menyatakan bantahan rentetan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran Rabu lalu yang dilakukan rejim Zionis.

Program itu turut diserikan dengan persembahan anak-anak Palestin, kumpulan Rabbani, Faizal Tahir selain tayangan video belasungkawa Ismail Haniyeh dan diakhiri dengan bacaan doa Qunut Nazilah.

Orang ramai bersama-sama membaca doa Qunut Nazilah dalam program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Persembahan Kumpulan Rabbani dalam program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai menyaksikan video Ismail Haniyeh dalam program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai menunaikan solat Maghrib yang diimamkan warga Palestin dalam program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

 


Pengarang :