Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024 di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM nafi rancangan rombak kabinet

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kerajaan akan melakukan rombakan jemaah menteri tidak lama lagi.

Anwar berkata beliau tidak mengetahui dan mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet itu.

“Itulah, (saya) baru sahaja diberitahu. Saya tak dengar lagi…siapa yang nak tolong rombak (Kabinet)? Ini serius ni. Saya belum lagi mendengar mengenainya,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau mengulas dakwaan sebuah portal berita hari ini yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan.

Menurut agensi berita itu lagi, ditanya sama ada seorang menteri besar akan mengisi kabinet menteri seperti yang dispekulasi portal tersebut, beliau berkata perkara itu mungkin berlaku selepas pilihan raya umum (PRU).

“Lepas pilihan raya, Insya-Allah,” katanya.

Kali terakhir jemaah menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.

Kali terakhir jemaah menteri dirombak adalah pada Disember tahun lalu apabila bilangan menteri ditambah daripada 29 kepada 31.

Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan, Selangor sedang mempertimbang untuk merombak barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) setelah setahun pelantikan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, yang mengetuai pentadbiran sejak 2018, dilapor bercadang menukar dua ahli MMKN atau EXCO bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pentadbiran negeri.

Penggantian tersebut yang dijangka dibuat pada akhir bulan ini atau September disebut-sebut membabitkan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan seorang lagi DAP, lapor portal itu hari ini.

Menurut sumber itu, pertukaran berkenaan bukan disebabkan EXCO sedia ada tidak menjalankan tugas dengan baik tetapi bertujuan memberi peluang kepada individu yang lebih berpengalaman.


Pengarang :