Persembahan tarian memeriahkan acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan “Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023. Foto Bernama
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sambutan Hari Kebangsaan: 80 bas ulang-alik, lebih 7,600 parkir disedia

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Lebih 7,600 tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan orang awam sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Selain itu, 80 perkhidmatan bas ulang-alik turut disediakan mengikut poster yang dimuat naik di laman sosial maklumat hibur berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Merdeka 360.

Turut disediakan sebanyak 8,000 tempat duduk awam bertingkat dan 40 trak makanan.

Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ bermula 7 pagi yang akan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara pengisiannya termasuk persembahan formasi brasben, perarakan aset pasukan keselamatan dan kereta berhias serta persembahan udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Persembahan kesenian Malaysia MADANI dan grafik manusia serta tempur tanpa senjata juga akan dipertontonkan.

Orang ramai boleh melayari http://www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.

-BERNAMA

 


Pengarang :