Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama 10 finalis program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Turut bersama EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

SAY Aspire bantu usahawan belia tempatan teroka, tembusi pasaran global

SUBANG JAYA, 14 OGOS: Program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire membuka peluang usahawan belia tempatan untuk meneroka dan melebarkan sayap ke pasaran global.

Pengasas yang juga pengarah urusan Dr Anne Skin Care berazam memanfaatkan peluang berkenaan untuk meletakkan produk kosmetiknya setanding dengan jenama terkemuka lain.

Pengarah Urusan DASC International Sdn Bhd Dr Nurhidayah Roslan dinobakan sebagai juara program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Program ini membantu usahawan tempatan membawa produk ke seluruh dunia dan ia membuka peluang untuk kita buktikan produk Malaysia berkualiti dan bagus.

“Program ini turut mengiktiraf bakat usahawan selepas diberi bimbingan dari pihak berpengalaman. Harap ia diteruskan lagi supaya lebih banyak produk usahawan tempatan dapat dikembangkan,” kata Dr Nurhidayah Roslan.

Terdahulu Syarikat kosmetik DASC International Sdn Bhd dinobatkan juara program SAY Aspire edisi kelima sekali gus berpeluang mendapat tajaan penerbangan ke negara dipilih untuk promosi dan rundingan niaga.

Bekas penyelidik di Universiti Putra Malaysia itu turut menerima bimbingan khas, reruai dan sesi rangkaian perniagaan selain berpeluang menjalinkan kolaborasi dengan agensi berkaitan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Urusan DASC International Sdn Bhd Dr Nurhidayah Roslan yang dinobatkan sebagai johan program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Berlangsung di Hotel Sunway Resort & Spa, di sini, majlis berkenaan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Hadir sama EXCO Keusahawanan Najwan Halimi.

Sementara itu ketua pegawai eksekutif Citra Kesom yang dipilih sebagai pemenang kedua berkata program berkenaan membantu syarikatnya untuk berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Citra Kesom Sdn Bhd Nadia Yahaya dinobatkan sebagai naib juara program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Produk minuman kesihatan kami sudah mendapat permintaan di beberapa negara. Dengan kemenangan ini, produk kami boleh berkembang lagi.

“Usaha negeri ini sangat bagus. Kami juga menyertai program bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang membimbing kami dari pelbagai aspek,” kata Nadia Yahya.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama 10 finalis usahawan program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Hadir sama EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

SAY Aspire merupakan program pembangunan usahawan untuk belia yang berpontensi mengembangkan produk dan perkhidmatan ke pasaran global melalui kursus bimbingan serta latihan strategi eksport.

Program yang dianjurkan sejak 2018 terbuka kepada syarikat yang beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur antara 18 hingga 40 tahun dan tidak diisytiharkan muflis atau disenarai hitam.

Tahun ini program yang berlangsung sejak Januari melibatkan penyertaan 30 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sebelum 10 syarikat layak ke peringkat akhir.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat produk usahawan program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :