Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah setelah diumumkan sebagai pemenang keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Kuala Selangor pada 6 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMASELANGOR

SMKTIS juara pertandingan kawad kaki piala Dato’ Menteri Besar

KUALA SELANGOR, 6 OGOS: Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah (SMKTIS) muncul juara keseluruhan bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar.

Diadakan di padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, hadiah tersebut disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ditemui pemberita, Amirudin memaklumkan badan beruniform merupakan salah satu pilihan yang dicipta dalam sistem pendidikan, bukan sekadar untuk mengisi masa lapang semata-mata.

“Badan beruniform ini dapat membentuk visi, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan pelajar. Malah, menerusi pertandingan ini, ia dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik perasmian majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Kuala Selangor pada 6 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Selain itu, pertandingan julung kali diadakan ini bukan sahaja menguji keupayaan berkawad tetapi kemampuan mendengar arahan,” katanya selepas merasmikan majlis tersebut hari ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Kadet Remaja Sekolah SMKTIS Mohd Faizal Mazlan berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan sekolahnya adalah komitmen diberikan para pelajar.

“Sejak beberapa bulan lalu, pasukan yang dianggotai seramai 35 pelajar ini menunjukkan komitmen terbaik dengan berlatih beberapa jam selepas tamat waktu persekolahan.

“Bukan itu sahaja, untuk pertandingan kali ini kita bawakan sedikit kelainan dengan menampilkan kawad formasi berbeza daripada orang lain,” ujarnya.

Guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah gembira setelah diumumkan sebagai pemenang keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Kuala Selangor pada 6 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

 


Pengarang :