Pasukan golf wanita Selangor yang diwakili Aarthi Ganesan (dua, kanan), Nur Batrisya Balqis (kiri), Foong Zi Yu (kanan) dan Kaathiyayani (dua, kiri) raih pingat perak acara golf berpasukan ketika Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

SUKMA 2024: Selangor mampu capai sasaran pingat, kedudukan tiga teratas

KUCHING, 18 OGOS: Sasaran Selangor berada pada kedudukan tiga teratas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 mampu dicapai bersandar kerja keras dan corak persembahan dipamerkan atlet setakat ini.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata banyak acara yang mempunyai prospek emas buat kontinjen negeri akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai.

“Ukuran sebenar tidak boleh dilihat setakat hari ini. Insya-Allah bermula esok akan ada acara seperti akuatik dan olahraga yang disasar dapat pingat emas sebagai tambahan kepada emas terkumpul setakat ini.

EXCO Belia dan Sukan,Najwan Halimi bercakap kepada media ketika acara golf Sukan Malaysia yang ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Mudah-mudahan mereka dapat tingkatkan usaha untuk menambah baik prestasi sepanjang seminggu ini. Kita berfikiran positif dan optimis capai 61 emas seperti diunjurkan,” katanya hari ini.

Ditemui selepas menyaksikan acara akhir golf di Kelab Golf Sarawak di sini, beliau turut memuji kerja keras atlet dalam memburu pingat meski ada acara yang disasar terlepas emas.

“Prestasi atlet kita sangat baik tetapi ada beberapa kategori sukan yang berpotensi tinggi dapat emas berakhir dengan pingat perak. Saya hargai usaha mereka meraih seberapa banyak pingat,” katanya.

Najwan menambah layanan tuan rumah terhadap semua kontinjen amat baik dengan tiada aduan diterima khususnya membabitkan perkampungan sukan atlet.

Sebanyak 37 acara disertai Selangor dalam temasya sukan berpresij negara kali ini dengan sasaran kutipan 61 emas dan berada pada kedudukan tiga teratas.

Berdasarkan semakan di laman sesawang https://rs.sukmasarawak2024.my/medals setakat 9.20 malam, Selangor berada pada kedudukan kesembilan dengan mengumpul lima emas, perak (13) dan gangsa (tujuh).

EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi (tengah) bergambar bersama atlet golf dan pegawai Selangor selepas Selangor memenangi satu emas dan dua perak ketika Sukan Malaysia ke-19 (SUKMAXXI) di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :