Pasukan bola sepak Selangor menewaskan Perak 2-0 dalam SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak pada 12 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor
AGENDASUKANKINI

SUKMA 2024: Selangor mara suku akhir bola sepak

SIBU, 16 OGOS: Juara bertahan Terengganu mara ke saingan suku akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Sabah 2-0 dalam aksi pelengkap Kumpulan B di Stadium Zaidi Adruce di sini hari ini.

Dua jaringan menerusi Muhmmad Iman Zaidi dan Syafiq Aiman pada minit ke-70 dan ke-78 memastikan Terengganu muncul juara kumpulan.

Kemaraan Terengganu selaku juara kumpulan diiringi Johor yang muncul naib juara kumpulan.

Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan melangkah ke pusingan suku akhir.

Dalam pada itu, Wilayah Persekutuan mengiringi Perak ke suku akhir biarpun terikat 0-0 dalam aksi Kumpulan D di Stadium Mukah.

Bagi aksi Kumpulan A, Kelantan turut mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Azman Hashim di sini.

Selangor mengiringi Kelantan selaku naib juara Kumpulan A.

Dalam saingan Kumpulan C pula, Pulau Pinang menang tipis 1-0 ke atas Kedah untuk muncul juara kumpulan sekali gus diiringi Melaka selaku naib juara kumpulan.

Saingan suku akhir itu akan berlangsung pada 19 Ogos ini.

— BERNAMA


Pengarang :