AGENDASUKANKINI

SUKMA: Esther Joy sasar emas acara larian 10,000m esok

KUCHING, 21 OGOS: Atlet olahraga Selangor Esther Joy Hong Li Chen menyasarkan emas ketiga Sukan Malaysia (SUKMA) melalui acara larian 10,000 meter (m) yang akan berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya esok.

“Saya rasa amat gembira dapat menyumbang dua pingat emas pada Selangor ketika ini. Ia memberi motivasi untuk bersaing pada acara 10,000m esok.

“Namun saya tidak mahu terlalu yakin kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dengan memberi aksi terbaik,” katanya kepada Media Selangor hari ini.

Pada Isnin, atlet berusia 21 tahun itu berjaya merangkul pingat emas melalui acara larian 5,000m dengan catatan masa 19 minit 33.12s.

Hari ini, beliau menuai emas kedua dalam acara 3,000m larian halangan wanita merekodkan 12:12. 66 saat.


Pengarang :