Atlet renang Selangor Andrew Goh (tengah) ketika menang emas acara 100 meter kuak dada SUKMA di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, pada 19 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA Hari Ke-10: Selangor raih tiga emas acara renang

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak 48 pingat emas ditawarkan termasuk dua menerusi acara catur yang kali pertama dipertandingkan pada hari ke sepuluh Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Setakat malam tadi, Selangor di tangga keempat dalam carta keseluruhan pingat dengan 19 emas, 33 perak dan 27 gangsa.

Hari ini, Selangor menyasar memperoleh emas bagi acara akuatik, olahraga (acara trek), e-sukan, badminton (acara regu dan perseorangan).

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

6.40 petang: Perenang Selangor Lim Shun Qi mengikut jejak Jayden Goh Li Jie apabila menyumbang emas acara 200 meter(m) kupu-kupu individu wanita sebentar tadi.

Dia mencatat masa 2:22.02 saat(s) untuk meninggalkan rakan sepasukan Khor Mishya Yue yang meraih perak dengan 2:22.49s manalala gangsa milik Ang Kayleigh ZH dari Sarawak.

6.33 petang: Satu lagi emas hadir dari Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, Kuching menerusi atlet renang Selangor Jayden Goh Li Jie yang menamatkan saingan 200 meter(m) kupu-kupu lelaki dengan 2:03.98 saat(s).

Rakan sepasukannya Henry Goh Li Hen pula merangkul perak dengan catatan 2:04.38s manakala Lee Elson Chun dari Pulau Pinang (gangsa).

6.20 petang: Acara 800 meter(m) gaya bebas wanita menyaksikan atlet renang Selangor Shannon Tan Yan meraih perak apabila menamatkan saingan dengan catatan 9:32.46 saat(s).

Atlet tuan rumah Teo Kelly Yao mengungguli acara itu untuk pingat emas dengan mencatat 9:23.77s. Wakil Sabah Chu Xin Ying pula gangsa.

Seorang lagi wakil Selangor Yoong Jia Jia di tempat keempat meski mendahului perenang lain pada awalnya.

5.55 petang: Perenang Selangor Andrew Goh sekali lagi memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 50 meter kuak dada lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebentar tadi.

Atlet berusia 20 tahun merangkul emas acara berkenaan dengan catatan masa 27.40 saat(s) dalam aksi akhir di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, mengatasi 28.03s yang dilakukan pada saringan ketiga pagi tadi.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan Andrew merangkul emas acara berkenaan.

5.20 petang: Atlet renang Selangor Liew Zeng Wye menyumbang gangsa acara 1500 meter(m) gaya bebas lelaki dengan mencatat 16:59.12 saat(s).

Emas menjadi milik perenang Wilayah Persekutuan Muhammad Dhuha Zulfikry yang merekodkan masa 15:51.53s manakala Anselm Jun Xian Lee dari Melaka (perak).

5 petang: Atlet olahraga Selangor Esther Joy Hong Li Chen menyumbangkan emas Selangor dalam acara 3000 meter (m) lari berhalangan wanita di Stadium Sarawak, Petra Jaya dengan catatan 12:12. 66s.

Pingat perak menjadi milik tuan rumah Clezendra Chanda Anak Cevester merekodkan larian 12:31. 58s manakala pelari Sabah Ledia Engku membawa pulang pingat gangsa merakam 12:49. 72s.

Pada Isnin, Esther Joy menggondol emas bagi acara larian 5000m wanita.

4.45 petang: Atlet Judo Selangor meraih pingat gangsa ke-29 menerusi Muhammad Ashraf Md Kamarulddin bagi kategori tidak melebihi 73 kilogram lelaki.

4.30 petang: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli meninjau perkampungan atlet SUKMA Selangor di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli hadir beramah mesra bersama sama atlet Selangor ketika Sukan Malaysia (SUKMA) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan pada 21 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

4.20 petang: Pasangan beregu lelaki Lok Hong Quan dan Muhamad Faiq Haziq Masawi menang pusingan pertama acara badminton 2-0 ke atas Sarawak

4 petang: Atlet Perlis, Nurul Aisyah Athirah Mohd Nadzim menang emas acara angkat berat wanita tidak lebih 59 kilogram, pingat perak milik Melaka dan gangsa dimenangi atlet Pahang.

3.30 petang: Selangor tewas 1-3 kepada Pahang dalam acara e-sukan Tekken-8 individu lelaki

Setakat ini, Selangor kekal 20 emas, 33 perak, 28 gangsa di kedudukan ke empat. Sarawak masih mendahului kutipan pingat dengan 51 emas keseluruhan.

2. 20 petang: Gandingan Ahmad Razin Azahar dan Nur Ieka Hariesya Zainal Habsahli sumbang gangsa ke-28 Selangor acara memanah recurve campuran

1.30 tengah hari: Selangor mara ke akhir acara futsal selepas menewaskan Pulau Pinang 3-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Kota Samarahan

Aksi pasukan futsal Selangor melawan Pulau Pinang dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada 21 Ogos 2024. Foto Fitri Hazim Hazam/Media Selangor

12.50 tengah hari: Pusingan awal sepak takraw regu lelaki kumpulan B Selangor menang 2-0 ke atas Brunei di Stadium Muhibah, Bintulu

12 tengah hari: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menonton perlawanan separuh akhir pada acara futsal lelaki antara Selangor dan Pulau Pinang di Stadium Tertutup Kota Samarahan

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menonton perlawanan separuh akhir pada acara futsal lelaki antara Selangor dengan Pulau Pinang di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada 21 Ogos 2024. Foto Fitri Hazim Hazam/Media Selangor.

11 pagi: Perenang Selangor Andrew Goh perbaharui rekod kebangsaan pada saringan 50m kuak dada lelaki dengan catatan 28.03 saat

10 pagi: Selangor raih emas ke-20 bagi acara angkat berat lelaki tidak melebihi 73 kilogram menerusi Noor Hirzie Fariez Mustafa dengan jumlah mata 260

9.50 pagi: Atlet Wilayah Persekutuan Kok Hui Ying rangkul pingat emas kategori 10,000 meter lumba jalan kaki wanita

9.31 pagi: Atlet renang Selangor Henry Goh Li Hen melepasi perlawanan peringkat saringan bagi kategori 1500 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dengan catatan masa 16:23.83 saat

Henry Goh Li Hen, 18, memperbaharui rekod peribadi acara 200 meter(m) gaya bebas dan 400m medley (rampaian) dengan mencatat 4:35.57 saat menerusi acara rampaian untuk merangkul pingat perak manakala gangsa 200m gaya bebas dengan catatan 1:54.23s di SUKMA 2024 pada 19 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIASELANGOR

 


Pengarang :