Pertunjukan bunga api ketika kemuncak acara pembukaan Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) Sarawak, 17 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIASELANGOR
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA Hari Ke-10: Angkat berat sumbang emas ke-20 Selangor

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak 48 pingat emas ditawarkan termasuk dua menerusi acara catur yang kali pertama dipertandingan pada hari ke sepuluh Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Setakat malam tadi, Selangor di tangga keempat dalam carta keseluruhan pingat dengan 19 emas, 33 perak dan 27 gangsa.

Hari ini, Selangor menyasar memperoleh emas bagi acara akuatik, olahraga (acara trek), e-sukan, badminton (acara regu dan perseorangan).

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

12.50 tengah hari: Pusingan awal sepak takraw regu lelaki kumpulan B Selangor menang 2-0 ke atas Brunei di Stadium Muhibah, Bintulu

12 tengah hari: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menonton perlawanan separuh akhir pada acara futsal lelaki antara Selangor dan Pulau Pinang di Stadium Tertutup Kota Samarahan

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menonton perlawanan separuh akhir pada acara futsal lelaki antara Selangor dengan Pulau Pinang di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada 21 Ogos 2024. Foto Fitri Hazim Hazam/Media Selangor.

11 pagi: Perenang Selangor Andrew Goh perbaharui rekod kebangsaan pada saringan 50m kuak dada lelaki dengan catatan 28.03 saat

10 pagi: Selangor raih emas ke-20 bagi acara angkat berat lelaki tidak melebihi 73 kilogram menerusi Noor Hirzie Fariez Mustafa dengan jumlah mata 260

Tangkap layar perlawanan akhir angkat berat tidak lebih 73 kilogram lelaki di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong pada 21 Ogos 2024

9.50 pagi: Atlet Wilayah Persekutuan Kok Hui Ying rangkul pingat emas kategori 10,000 meter lumba jalan kaki wanita

9.31 pagi: Atlet renang Selangor Henry Goh Li Hen melepasi perlawanan peringkat saringan bagi kategori 1500 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dengan catatan masa 16:23.83 saat

Henry Goh Li Hen, 18, memperbaharui rekod peribadi acara 200 meter(m) gaya bebas dan 400m medley (rampaian) dengan mencatat 4:35.57 saat menerusi acara rampaian untuk merangkul pingat perak manakala gangsa 200m gaya bebas dengan catatan 1:54.23s di SUKMA 2024 pada 19 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIASELANGOR

 


Pengarang :