Pengunjung membawa beg kitar semula ketika mengunjungi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) DUN Seri Serdang di Taman Puchong Permai pada 15 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Kandis, Dengkil antara empat lokasi jualan PKPS hari ini

SHAH ALAM, 7 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan kawasan parkir Masjid Kampung Telok Menegon (Sungai Kandis) dan di Balairaya Kampung Selangor Dredging (Dengkil).

Selain itu, Pejabat JPKK Kampung Bukit Belimbing (Permatang) dan Kampung Parit 4 (Sungai Burong).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :