Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Padang Awam Batu Caves pada 14 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Pelek, Dengkil antara lima lokasi jualan murah PKPS esok

SHAH ALAM,12 OGOS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan ke lima lokasi esok bermula jam 10 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah dengan mengunjungi program tersebut yang diadakan di Masjid Ar Ridha Kampung Jenderam Hulu (Sungai Pelek) dan Pangsapuri Taman Langat Murni Blok G (Dengkil).

Selain itu, jualan turut diadakan di Dewan Meranti Bandar Baru Sungai Buloh(Paya Jaras), Kompleks Muhibbah (Pandan Indah) dan Dewan Komuniti AU3/1 Taman Keramat(sebelum Surau Al Ehsan Flat PKNS)(Hulu Kelang).

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :