AGENDAJENAYAH

Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, pemandu parah

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Pemandu treler parah tangan dan kepala apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.03 tengah hari dan sepasukan sembilan anggota dan dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

“Tiba di lokasi terdapat sebuah treler terbabas dan terbakar di bahagian hadapan dianggarkan 50 peratus, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada 1.48 tangah hari tadi,” menurut kenyataan JBPM itu.

Pemandu treler berkenaan berusia 30-an mengalami kecederaan tangan dan kepala diberikan rawatan di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital pasukan perubatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” menurut kenyataan JBPM.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan keadaan di lokasi sesak 1.3 kilometer sehingga ke Lebuhraya Duta Hulu Klang, susulan lorong tengah ditutup bagi kerja pengalihan treler bermuatan barangan makanan sejuk beku.

– BERNAMA


Pengarang :