Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang memantau air pasang besar di kawasan pesisiran pantai di Klang pada 5 November 2021. Foto Bomba Selangor
AGENSISELANGOR

Waspada fenomena air pasang besar hingga Isnin di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 21 OGOS: Orang ramai diminta bersedia dan peka dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di stesen Pelabuhan Klang selama tujuh hari sehingga 26 Ogos.

Menerusi infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang di laman sosial, bacaan paras air laut dijangka mencatatkan sehingga 5.5 meter pada pagi Khamis dan Jumaat ini.

Ribut petir diramal petang ini di beberapa tempat, manakala sebelah malam pada Khamis dan Jumaat. Cuaca sama dijangka berlaku pada sebelah pagi mulai Sabtu, 24 Ogos hingga Isnin, 26 Ogos.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Bencana Daerah Klang di talian 03-33716700 atau Whatsapp 0109731963.

Sementara itu, setakat jam 12.15 tengah hari tadi, hanya satu stesen di Sungai Buloh di Parit Mahang, daerah Kuala Selangor merekodkan paras air pada tahap waspada iaitu 3.94 meter.


Pengarang :