NASIONAL

Kenapa tidak kesal tahun lepas? Ini semua gimik politik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 APR: Permohonan maaf Pengarah Urusan Supermax Corporation Berhad, Datuk Seri Stanley Thai hanya bersifat gimik politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kenapa kesal semalam? Kenapa tidak kesal tahun lepas? Ini semua gimik politik.

“Amat malang kalau orang korporat juga boleh ditekan dan diugut, ini memang amat malang dan mengecewakan,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Fasa Pertama di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam, pagi ini.

Beliau mengulas permohonan maaf Pengarah Urusan Syarikat Supermax, Datuk Seri Stanley Thai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Ia susulan tindakan Thai yang sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Pembangkang, pada Pilihan Raya Umum (PRU 2013) lalu.

Keputusan Thai itu menyaksikan Tan Sri Rafidah Aziz yang juga bekas menteri Umno, melepaskan jawatannya sebagai pengerusi syarikat itu.


Pengarang :