SELANGOR

Bukan hendak balas dendam pada Najib

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 10 MEI: Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN), Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan akan bertindak terhadap Datuk Seri Najib Razak setelah gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Beliau berkata, tujuan PAKATAN memerintah setelah menewaskan Barisan Nasional (BN) juga bukan bertujuan untuk membalas dendam atas dakwaan salah lakunya.

“Kami tidak membalas dendam, kami hanya mahu kembalikan undang-undang. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan dihukum, ia termasuk wartawan,” katanya dalam sidang media, di Hotel Sheraton.

 


Pengarang :