SELANGOR

MB hadiri majlis tahlil ADN Sungai Kandis

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 JUL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menghadiri majlis tahlil malam ini untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei yang kembali ke rahmatullah, semalam.

Majlis diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, turut disertai Imam Besar, Muhammad Farhan Wijaya dan jemaah lain.

Selepas itu diadakan tazkirah ringkas disampaikan Muhammad Farhan diikuti solat Isyak berjemaah.

Shuhaimi, 50, meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.

Jenazah Allahyarham diuruskan di masjid sama dan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini selepas solat Asar.

Beliau sebelum ini adalah ADN Seri Muda selama dua penggal selepas memenangi PRU12 dan 13 serta meneruskan kecemerlangan di DUN Sungai Kandis pada PRU14.


Pengarang :