SELANGOR

SPR gesa keluar mengundi, hanya 31% laksana sehingga 1 petang

SHAH ALAM 4 OGOS: Sehingga pukul 1 petang, hanya 31 peratus daripada 51,217 pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehubungan itu menggesa orang ramai agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka dengan segera sebelum semua pusat mengundi akan ditutup pada pukul 5.30 petang.

Tepat jam 8 pagi tadi semua 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bagi membolehkan 51, 217 pemilih biasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Selepas berkempen selama 14 hari bermula 21 Julai lalu, pengundi memilih antara Datuk Lokman Noor Adam dari Barisan Nasional (BN), calon Bebas, K Murthy atau Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang mewakili PKR.

Antara ketiga-tiga calon berkenaan, hanya Mohd Zawawi yang mengundi di kawasan ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun pada jam 9 pagi manakala Lokman dan Murthy adalah pengundi luar.

 

 

 


Pengarang :