GLOBAL

Pesawat bawa sembilan orang hilang, dikhuatiri terhempas di Papua

JAKARTA, 12 OGOS: Sebuah pesawat kecil PAC750 XSTOL milik Dimonim Air, dilaporkan hilang dan dikhuatiri terhempas di kawasan pergunungan di Papua, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Papua, Suryadi Diaz, pesawat berkapastiti 10 penumpang itu dinaiki sembilan orang dipercayai berkemungkinan terhempas di kawasan Pergunungan Bintang, Provinsi Papua.

Pesawat yang dinaiki tujuh penumpang, dikendalikan seorang juruterbang dan pembantu juruterbang berlepas dari lapangan terbang Tanah Merah Kabupaten Boven Diguel menuju lapangan terbang Oksibil, Kabupaten Pergunungan Bintang pada jam 1.50 petang waktu tempatan.

Pesawat itu menghubungi menara lapangan terbang Oksibil pada jam 2.17 petang tadi sebelum hilang, katanya dipetik media dalam talian.

“Pesawat Dimonim Air seharusnya sudah mendarat di Bandara Oksibil pada pukul 2.30 petang waktu Indonesia Timur,” katanya.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :