SELANGOR

MB serah sumbangan RM140,000 kepada institusi Agama

OLEH SHEEDA FATHIL

HULU SELANGOR, 28 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyerahkan sumbangan RM140,000 kepada institusi Agama di daerah Hulu Selangor.

Sumbangan disampaikan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Masjid Jamek Ar Rahimah, Masjid Lama Hulu Yam dan Masjid Jamaatul Amaul Husna masing-masing menerima sumbangan RM20,000.

Manakala, lapan surau antaranya Surau Al Ubudiah Jalan Pejabat Soeharto,Surau Nurul Iman, Bandar Baru Sungai Buaya dan Surau Asy Syakirin, Bakawali, Bukit Sentosa 3 masing-masing menerima RM10,000.

Selain itu, surau lain pula adalah Surau Kampung Seri Geriang, Hulu Bernam, Surau Taman Seri Batang Kali, Surau Al Hidayah, Kesumba, Surau As-Sodiqin, Taman Kasturi Bukit Sentosa dan Surau Hayarul Islam, Taman Seroja Bukit Sentosa.

Terdahulu, Amirudin turut menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di masjid berkenaan.

Program Jelajah Maju Bersama dianjurkan bertujuan mendekati masyarakat seluruh negeri bagi meninjau sebarang keperluan rakyat Selangor tanpa mengambil kira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik.

Pada masa sama, Amirudin turut merasmikan Bas Smart Selangor seusai Solat Jumaat.

Dalam perkembangan lain, rangka kerja Dato’ Menteri Besar itu diteruskan petang ini dengan mengadakan Lawatan Tapak ke Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa, Ampang Pecah.

Beliau turut mengadakan Lawatan Tapak dalam menangani isu Jalan Missing Link dari Tol Bukit Beruntung ke Persiaran Kuala Kali dan diakhiri pada petang ini ke Lawatan Tapak Isu Brownfield di Apartment Trompet, Bukit Beruntung.


Pengarang :