NASIONAL

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat yang berlangsung sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, Johor, Kedah dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor diwakili Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Kedah diwakili Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra.

Mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :