GLOBAL

570,000 berarak, desak undian kedua Brexit

LONDON 21 OKT: Warga Britain mengibarkan bendera Kesatuan Eropah (EU) dengan menolak masa depan di luar blok itu di tengah London, semalam dan penganjur tunjuk perasaan mendakwa separuh juta menyertai bantahan itu.

Polis tidak memberikan jumlah berapa ramai turut serta untuk perarakan dan perhimpunan besar-besaran itu di luar parlimen bertujuan mendesak kerajaan mengadakan undian Brexit kedua.

Namun, kehadiran 570,000 orang yang dilaporkan pasukan kempen menjadikan tunjuk perasaan itu terbesar sejak penyertaan 750,000 orang menentang perang Iraq pada 2003, menurut data polis.

“Ia seperti keraian. Namun, ia mungkin perhimpunan terakhir kami sebelum langsung tiada harapan,” kata pelajar universiti Liverpool, Lucy Dogget.

SUMBER: AFP


Pengarang :