OLEH AFIX REDZUAN
GLOBAL, 14 FEB: Tottenham Hotspurs merentap ego pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund dengan kemenangan bergaya 3-0 awal pagi tadi dalam aksi peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Wembley.
Heung-Min Son membuka jaringan buat Spurs pada minit ke-47 selepas menyambut hantaran Jan Vertonghen dari sebelah kiri sebelum mudah menampan bola ke gawang lawan.
Aksi berbalas serangan dipamerkan kedua-dua pasukan tetapi Spurs lebih bernasib baik apabila Vertonghen menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-83 selepas menampan hantaran Serge Aurier.
Selang tiga minit kemudian, Fernando Llorente memastikan bekalan selesa buat tuan rumah dengan gol ketiga apabila mudah menanduk masuk sepakan penjuru Christian Eriksen.
Kredit Foto: UEFA Champions League