Azam Baki kekal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM – Latheefa
KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menyangkal dakwaan akan berlaku perubahan dalam badan itu ekoran Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sedang bercuti sakit.
Latheefa memberitahu, laporan mengenai dakwaan mengenai kedudukan Azam tidak berasas kerana beliau kekal sebaga Timbalan Pesuruhajaya (Operasi) SPRM.
“Datuk Seri Azam Baki sudah dibenarkan keluar hospital dan hari ini beliau datang ke pejabat.
“Azam dijangka menyambung semula tugasnya pada 22 Ogos ini,” kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi.
– BERNAMA