Dato’ Haris Kasim (belakang, tengah) bergambar bersama pemenang Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah MBSA 2019 di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam pada 2 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

SMK Seksyen 19 juara Kempen Kitar Semula MBSA

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 2 OKT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 berjaya merangkul gelaran juara bagi Kempen Kitar Semula anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tahun ini.

Guru Penasihat, Roshiza Darus berkata, kemenangan itu hasil kerjasama padu warga sekolah terbabit sehingga melayakkan mereka membawa pulang RM2,000.

“Terima kasih kepada MBSA dan Fraser & Neave Holding Berhad kerana menganjurkan pertandingan ini yang sedikit sebanyak memberi kesedaran khususnya kepada pelajar untuk mengamalkan amalan kitar semula dan menjaga alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Penutup Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah MBSA 2019 di Dewan Bankuet MBSA, di sini hari ini.

Roshiza berkata, MBSA turut membekalkan pihak sekolah dengan kemudahan tong kitar, semula sekali gus mendidik pelajar membuang sampah mengikut kategori.

“Kami berharap pertandingan seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan itu menyaksikan SMK Seksyen 16 meraih tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi SMK Alam Megah.


Pengarang :