AGENSISELANGOR

Johary Anuar dilantik Pegawai Daerah Petaling

SHAH ALAM, 3 JAN: Kerajaan Negeri melantik Johary Anuar sebagai Pegawai Daerah Petaling yang baharu berkuat kuasa semalam.

Majlis Penyampaian Amanat dan Surat Pelantikan kepada Johary itu disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya di pejabatnya di sini semalam.

Johary yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Bandar di Universiti Teknikal, Berlin sebelum ini memegang jawatan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya sejak 2015.

Untuk rekod, beliau juga berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Operasi di universiti sama.

Selain itu, Johary pernah menyertai kumpulan muzik Guys dan Excellent sekitar tahun 2002.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan muzik Slash yang popular dengan lagu Taman Astakona sebagai gitaris utama kira-kira 11 tahun lalu.


Pengarang :