PBTSELANGOR

Op Halangan: Pamer di parkir, lima motor jualan disita

RAWANG, 13 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita lima motosikal dalam Operasi Halangan yang dijalankan di premis perniagaan di Rawang Mutiara semalam, kata pengarah jabatan korporat MPS.

Mohamad Zin Masoad berkata tindakan tersebut diambil selepas pemilik premis menggunakan dua petak parkir di depan kedainya sebagai ruang pameran jualan.

Menurutnya, tindakan sita adalah di bawah Seksyen 46(1) d Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Halangan Tred Perniagaan),” lapor Sinar Harian.

Katanya, operasi dilakukan selepas motosikal itu menjadi halangan dan kacau ganggu orang awam yang melalui kawasan itu.


Pengarang :