Beberapa wanita memakai pelitup muka ketika berjalan di ibu negara Indonesia, Jakarta pada 2 Mac 2020 ekoran penularan kes Covid-19 di republik itu. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Rakyat Malaysia di Indonesia diseru daftar di kedutaan

JAKARTA, 4 MAC: Rakyat Malaysia yang berada atau berkunjung ke Indonesia, diminta mendaftar dengan kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, berikutan perkembangan terkini di negara ini yang dikesan tersenarai dalam negara dijangkiti virus Covid-19.

“Rakyat Malaysia boleh berbuat demikian di jaringan https://goo.gl/ixYVfy atau menghantar emel ke [email protected].,” menurut kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan.

Pada 2 Mac lepas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengesahkan dua rakyatnya positif Covid-19, menjadikan ia kes pertama di negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu.

Jokowi berkata dua warganegara itu ialah seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya, 31 tahun berasal dari Depok, sebuah kota berhampiran Jakarta.

Jokowi berkata kedua-dua rakyatnya itu dilaporkan bertemu dan berurusan dengan seorang warga Jepun yang ke Indonesia pada 14 Februari, sebelum warga Jepun itu berlepas ke Malaysia yang kemudiannya disahkan positif virus itu.

“Rakyat Malaysia juga dinasihat agar mematuhi arahan dan merujuk kepada maklumat yang tepat daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan rekod, lebih 2 juta rakyat Malaysia berkunjung ke Indonesia setiap tahun.

– BERNAMA


Pengarang :