SHAH ALAM, 14 MAC: Orang awam dinasihatkan mengamalkan jarak sosial selamat ketika mendengar kuliah atau ceramah di masjid ataupun surau, demikian nasihat Jabatan Agama Islam Selangor.
Agensi itu dalam kenyataan berkata selain itu, jemaah disaran mengelak dari bersalaman sebaliknya hanya menunjukkan kaedah hormat dengan meletakkan tangan kiri di dada.
“Jika ada gejala seperti jangkitan saluran pernafasan, lebih baik tunaikan solat di kediaman sendiri termasuk menghadkan kehadiran ke kelas pengajian dan aktiviti anjuran surau dan masjid.
“Pada masa sama, ahli jawatankuasa surau dan masjid perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggalakkan jemaah mengunakan cecair pembersih kuman bagi mengelakkan risiko penularan Covid-19,” kata kenyataan itu.