Orang ramai membeli barang keperluan di Pasar Kajang pada 19 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 110 kes baharu, semuanya 900 kes, 15 pesakit pulih

SHAH ALAM, 19 MAC: Sebanyak 110 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah pesakit positif Covid-19 meningkat 900, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata 63 pesakit baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur akhir Februari lalu.

“15 pesakit sudah pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah dibenarkan keluar hospital seramai 75.

“20 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan rawatan pernafasan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Dr Adham turut mengingatkan orang awam supaya mengikut arahan ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam hingga 31 Mac ini.

“Duduk rumah, sentiasa tenang. Banyak minum air untuk singkirkan virus dari kerongkong,” katanya.


Pengarang :