Pasukan petugas perubatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada penduduk di Hulu Langat, pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hulu Langat kekal mukim zon merah tunggal di Selangor

SHAH ALAM, 25 APRIL: Hulu Langat masih kekal sebagai mukim zon merah tunggal di Selangor manakala 27 mukim lain masih dalam zon kuning setakat jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), mukim Hulu Langat merekodkan 171 kes dengan 64 daripadanya kes aktif.

Mukim Kajang di bawah daerah sama pula mencatatkan 158 kes dengan 17 daripadanya kes aktif.

Klang adalah mukim ketiga tertinggi dari segi bilangan mangsa jangkitan  sebanyak 123 kes dengan 30 daripadanya kes aktif.

Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan 1,387 kes terkumpul, 1,084 individu sembuh, 276 kes aktif dan 15 kematian setakat semalam.


Pengarang :