AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerajaan Negeri kaji jumlah belia menganggur di Selangor

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri sedang mengkaji angka pengangguran belia di negeri ini ekoran  wabak Covid-19 yang menjejaskan ekonomi golongan tersebut, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar pengangguran di Selangor setakat 2018 adalah pada paras 2.7 peratus  iaitu lebih rendah daripada angka purata pengangguran nasional.

“Pada tahun sama, terdapat 25,918 siswazah di Selangor menganggur. Namun, angka-angka ini mungkin tidak lagi bermakna ketika tempoh serangan Covid-19,” katanya dalam perutusan Hari Pekerja 2020 hari ini.

Beliau berkata sekitar 3.4 juta tenaga kerja di Selangor bekerja dalam pelbagai sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

“Produktiviti buruh dalam semua sektor (kecuali perlombongan) adalah melebihi paras nasional pada kadar 93.6 peratus pada 2018.

“Sebanyak 38 peratus daripada tenaga kerja merupakan pekerja mahir, manakala 54.4 peratus separa mahir dan 7.6 peratus berkemahiran rendah,” katanya.


Pengarang :